MAKLUMAT
LENCANA SEKOLAH
MAKSUD:
GAMBAR BUKU
Melambangkan sekolah tempat menuntut ilmu.
LAMBANG MSC
Melambangkan bahawa Negara Malaysia menuju ke arah era globalisasi multimedia dan teknologi.
JALUR PUTIH DAN MERAH
Jalur putih kesucian hati nurani warga sekolah dan jalur merah menunjukkan keberanian dan semangat juang yang tinggi warganya dalam melaksana tugasan dan amanah yang diberikan.
i
Melambangkan penggunaan teknologi dalam pendidikan
WARNA JINGGA, BIRU
Jingga melambangkan keceriaan dan warna biru menunjukkan perpaduan dan kerjasama dalam seluruh warganya.
Bendera Sekolah
MAKSUD :
WARNA MERAH, PUTIH, BIRU DAN JINGGA
Warna merah melambangkan keberanian dan semangat juang yang tinggi dalam penglibatan warga SKPP9(2), warna putih melambangkan kesucian dan ketulusan hati dalam menjalankan tugasan yang diberikan, jingga melambangkan keceriaan dan warna biru menunjukkan perpaduan dan kerjasama dalam seluruh warganya.
LAMBANG SEKOLAH DI TENGAH BENDERA
Menunjukkan pembangunan modal insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sahsiah diri.
IDENTITI SEKOLAH
- IDENTITI SEKOLAH
LAGU SEKOLAH
Kami berjanji padamuTuntut ilmu membangun nusa
Berusaha bebudaya
warga cemerlang gemilang terbilang
Marilah kita bersama
jayakan apa yang dirancang
Pemimpin berganding bahu
menggapai misi impian jadi realiti
SKPP 9 fasa 2
Usaha ilmu canggih berteknologi terkini
Terus bermaruah
junjungan kedaulatan negara
Bangunlah anak bangsa
teruskanlah kemajuanmu
Buktikan pada dunia
di putrajaya kita berjaya
terus berjaya.......
MOTO
“USAHA CEMERLANG TERBILANG”
USAHA
Daya usaha atau ikhtiar untuk mencapai sesuatu hasil usaha warga sekolah dalam mencapai matlamat dan hasil kerja yang cemerlang bagi setiap warga didiknya bagi meningkatkan dan memartabatkan prestasi sekolah baik dari segi kurikulum mahupun kokurikulum.
CEMERLANG
Sangat baik.
Usaha yang berterusan dan semangat berpasukan yang tinggi di antara warga sekolah meningkatkan lagi kecemerlangan prestasi sekolah menjadi asas utama dalam membentuk sekolah cemerlang.
TERBILANG
Mashur / terkenal
Dikenali walau dimana jua berada melalui pencapaian dan kecemerlangan sekolah yang ditonjolkan oleh warga sekolah melalui penglibatan aktif warga didik di sekolah.
VISI SEKOLAH
“SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9(2)
MENJADI SEKOLAH CEMERLANG”
MISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) berusaha mengembangkan potensi pelajar untuk menjadi insan kamil melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
FALSAFAH SEKOLAH
Berusaha menimbulkan suasana persekolahan yang membanggakan ke arah mempertingkatkan mutu pencapaian murid berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
• Meninggikan mutu kerja dan perkhidmatan cemerlang selalu.
• Bekerja dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.
• Memberi Pendidikan yang berkualiti dan adik sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
• Memastikan waris murid mendapat maklumat yang secukupnya berhubung dengan prestasi kurikulum, kokurikulum, sosial dan disiplin.
• Mewujudkan iklim dan senario persekitaran yang bersih indah dan memberangsangkan ke arah pendidikan yang berkualiti.
• Memastikan semua murid celik 3M
• Memastikan sifar masalah disiplin
• Berpegang teguh kepada agama